Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Sesuaikah Skim Pembalikan Gadai Janji Diimplementasikan Di Malaysia?

BY Team Loanstreet

Updated 14 Nov 2025




 

Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Adakah ini kali pertama korang dengari tentang pembalikan gadai janji? Pembalikan gadai janji adalah satu skim yang membenarkan korang menukar sebahagian daripada ekuiti rumah kepada wang tunai dan bayar balik kepada korang. 

 

Adakah ia sama dengan pinjaman gadai janji? Ia amat berbeza dimana carta aliran di bawah menunjukkan perbezaan utama di antara skim pembalikan gadai janji dan pinjaman gadai janji yang biasa. 

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Sesuaikah Skim Pembalikan Gadai Janji  Diimplementasikan Di Malaysia?

Terdapat dua perkara yang penting korang kena perhatikan daripada carta atas:

 

  1. Institusi kewangan seperti bank yang menawarkan tawaran terhadap pembalikan gadai janji, bukannya individu contohnya pemilik kepada hartanah tersebut.

  2. Walaupun institusi kewangan “membeli” hartanah korang, tetapi korang masih mempunyai hak milik kepada hartanah tersebut dan boleh tinggal di rumah tersebut sehingga korang meninggal dunia atau berpindah.

Perbezaan di antara gadai janji dan pembalikan gadai janji

 
  Gadai Janji Pembalikan Gadai Janji
Hak Milik Penjual memiliki hartanah tersebut tapi bagaimanapun tidak perlu untuk membayar pinjaman gadai janjinya dengan penuh. Pemilik perlu memiliki hartanah tersebut sepenuhnya atau mempunyai baki pinjaman yang rendah agar institusi kewangan dapat melakukan pemindahan hak kepemilikan hartanah pada masa hadapan.
Pemindahan Milikan Pemindahan pemilikan daripada penjual kepada pembeli berkuat kuasa setelah menandatangani SPA. Pemindahan pemilikan daripada pemilik kepada institusi kewangan berkuat kuasa setelah pemilik meninggal dunia atau berpindah.
Terma Pembayaran Pembeli akan membayar bayaran pinjaman sebagai ansuran bulanan.

Harga belian adalah berdasarkan nilai hartanah.
Institusi kewangan akan membayar balik bayaran pinjaman kepada pemilik. Walau bagaimanapun, hartanah tersebut perlu dijual dan baki pinjaman dibayar oleh ahli keluarga setelah pemilik meninggal dunia.

Jumlah pinjaman adalah berdasarkan nilai hartanah.
Sekatan Umur Tidak boleh melebihi had umur yang telah ditetapkan. Mesti melebihi had umur yang telah ditetapkan.
Faedah Faedah adalah pelunasan dan akan dimasukkan ke dalam ansuran bulanan. Faedah akan dikumpulkan ke dalam baki pinjaman.
Equiti Rumah Akan bertambah sepanjang masa kerana anda akan membayar lebih pada akaun prinsipal (bukannya kepada faedah). Akan menurun sepanjang masa kerana baki pinjaman anda bertambah sekiranya faedah bertambah.
Kelayakan Berdasarkan situasi kewangan dan nilai kredit peminjam. Berdasarkan nilai dan kelayakan pemilikan hartanah, rekod kredit, keupayaan pembiayaan, cukai harta, insurans dan lain-lain.

 

Kenapa korang perlu consider pembalikan gadai janji? 

 

Pembalikan gadai janji  merupakan pilihan yang sesuai kepada pesara-pesara yang memiliki hartanah tatapi ingin mempunyai pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan harian mereka. Pembalikan gadai janji adalah pilihan yang lebih baik daripada menyewa atau menjual hartanah yang akan mempengaruhi gaya hidup mereka. Hal ini kerana mereka boleh tinggal di hartanah mereka sementara institusi kewangan membayar pinjaman kepada mereka setiap bulan.

 

Peringatan kepada beberapa kelemahan yang terdapat di skim pembalikan gadai janji:

  1. Memandangkan korang masih tinggal di hartanah tersebut, korang kena sentiasa bersedia untuk menanggung apa jua kos penyelenggaraan atau kerosakan yang berlaku.

  2. Sekiranya korangtelah berpindah, korang masih terikat dengan hartanah tersebut dan korang perlu menyelesaikan pinjamannya terlebih dahulu.

  3. Kadar Faedah bagi pembalikan gadai janji biasanya adalah lebih tinggi (bagi kes yang berada di luar negara). Walau bagaimanapun, sekiranya korangmeninggal dunia, tak perlu risau pasal baki pinjaman tu sebab ada fasal yang lindungi supaya jumlah hutang tak melebihi nilai pasaran rumah.

  4. Kalau pewaris korang nak mewarisi hartanah tersebut, mereka perlu menjelaskan jumlah pinjaman tetapi tidak perlu membayar lebih daripada nilai taksiran hartanah tersebut. Jika tidak, hartanah korangakan dijual agar dapat menjelaskan jumlah pinjaman pembalikan gadai janji disertai faedah.

Jadi, adakah Malaysia perlu mempunyai skim pembalikan gadai janji?

 

Kelebihan pembalikan gadai janji

 

Jawapan yang ringkas adalah ya. Pembalikan Gadai janji  merupakan satu pilihan yang lain daripada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) atau PRS (Skim Persaraan Swasta) kepada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, pewaris korang perlu bebas berdikari dari segi kewangan dan tidak berniat memiliki hartanah korang.

 

Selain daripada itu, korang akan menerima pembayaran yang amat fleksibel daripada proses pembalikan gadai janji seperti berikut:

 

  1. Menerima jumlah bayaran secara sekaligus.

  2. Menerima bayaran secara bulanan.

  3. Lanjutan kredit. Ia serupa dengan akaun semasa yang membenarkan korangmengeluarkan wang kepada satu jumlah yang ditetapkan oleh bank. Pilihan ini akan membantu korang mengurangkan bayaran faedah kerana ia berdasarkan daripada jumlah yang korang keluarkan. Sebagai contoh, korangtidak akan dikenakan caj sekiranya korang tidak mengeluarkan wang. 

Kelemahan gadai janji pembalikan

 

Faedah akan ditambah dalam baki pinjaman setiap bulan kerana korang memperolehi wang tunai melalui pembalikan gadai janji. Ia bermakna baki pinjaman korang akan semakin bertambah disebabkan faedah bertambah sepanjang masa. Institusi kewangan menawarkan kadar faedah terapung dan korang juga tidak dapat menjangka bila tempoh pembayaran, hal ini kerana korang tidak dapat menjangka jangka hayat korang.

Disebabkan syarat-syarat yang rumit dan selalunya ia selalu berhubung kait dengan warga emas,pihak berkuasa terlebih dahulu perlu menubuhkan peraturan yang wajar dan sepatutnya.

 

Gadai janji pembalikan adalah salah satu boleh alternatif kepada pesara 

 

Sumber imej: The Edge Malaysia

 

Walaupun skim ini mempunyai kebaikan dan keburukan, kami berasa pembalikan gadai janji patut diperkenalkan di Malaysia dimana pesara mempunyai pilihan yang lain sekiranya mereka mempunyai simpanan yang terhad dan memiliki hartanah sendiri. Walau bagaimanapun, selalu diperingatkan pilihan ini hanya sesuai untuk tujuan persaraan dan tanpa niat untuk meninggalkan hartanah tersebut diwarisi oleh pewaris. Silalah selalu pertimbangkan pilihan yang sewajarnya sekiranya pilihan ini tidak bersesuaian dengan  jangkaan korang.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

LTV & Margin Pembiayaan untuk Pinjaman Rumah

LTV & Margin Pembiayaan untuk Pinjaman Rumah

TingkatkanTaraf Pelaburan Korang: Hartanah Perumahan VS Komersil

Tingkatkan Taraf Pelaburan Korang: Hartanah Perumahan VS Komersil

Adakah Pinjaman Dengan Kos Kemasukan Sifar Lebih Baik Kepada Pemilik Rumah Kali Pertama?

Adakah Pinjaman Dengan Kos Kemasukan Sifar Lebih Baik Kepada Pemilik Rumah Kali Pertama?