Dapatkan insurans kereta dan penghantaran cukai jalan
terus ke rumah anda!
Ketahui sebut harga secara segera bagi insurans kereta anda dengan melengkapkan beberapa butiran asas.
Bandingkan dan dapatkan sebut harga insurans yang terbaik daripada pelbagai syarikat insurans.
Beli insurans dengan mudah menerusi sistem pembayaran secara online kami yang selamat, mudah dan cepat.
Insurans kereta adalah wajib bagi setiap pemilik kereta kerana ia meliputi liabiliti yang perlu anda bayar kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kematian yang tidak disengajakan, kerosakan tubuh badan atau kerosakan kepada kereta. Di samping itu, adalah wajib untuk memiliki sekurang-kurangnya pelan Pihak Ketiga di Malaysia untuk memperbaharui cukai jalan tahunan anda.
Berikut adalah beberapa perlindungan tambahan yang disediakan:
Berikut adalah jenis insurans kereta yang terdapat di Malaysia:
Pihak Ketiga
Perlindungan Pihak Ketiga merupakan insurans paling murah dan paling asas kerana ia menyediakan perlindungan paling minimum sekiranya berlaku kemalangan seperti kecederaan, kematian atau kerosakan pada kereta. Perlindungan insurans ini tidak akan melindungi anda sebaliknya, ia hanya melindungi pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Anda tidak boleh membuat sebarang tuntutan bagi apa-apa kerosakan yang dibuat pada kereta anda, namun anda boleh menuntut apa-apa pampasan yang dikenakan oleh pihak ketiga.
Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
Seperti Perlindungan Pihak Ketiga, ia merangkumi sebarang tuntutan yang dibuat terhadap anda oleh pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan kecederaan tubuh badan, kematian, kehilangan harta benda atau kerosakan yang disebabkan oleh kenderaan anda. Di samping itu, polisi insurans ini memberi perlindungan tambahan terhadap apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran atau kecurian kepada kenderaan anda.
Insurans Kereta Komprehensif
Insurans Kereta Komprehensif mempunyai perlindungan yang lebih luas berbanding pakej lain. Ia mempunyai perlindungan bagi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian tetapi bukan hanya meliputi pihak ketiga, insurans ini juga melindungi kenderaan anda. Anda akan dilindungi untuk apa-apa kerosakan atau kerugian terhadap kenderaan anda. Perlindungan ini jugak tidak hanya terbatas kepada kebakaran dan kecurian sahaja. Walau bagaimanapun, tidak semua kereta layak untuk mendapat insurans ini kerana ia bergantung kepada usia kereta.
Perlu diingatkan bahawa semua pakej yang tersedia tidak memberikan perlindungan untuk sebarang kecederaan atau kematian yang telah berlaku kepada anda (pemandu atau penumpang pemegang polisi).
Terdapat beberapa faktor yang akan menjejaskan premium insurans kereta anda:
Lokasi Geografi
Kadar premium anda bergantung kepada tempat tinggal dan polisi insurans. Secara amnya, kadar premium lebih tinggi di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar kerana kawasan bandar mempunyai kadar kemalangan, kecurian dan vandalisme yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, jika kereta anda dikategorikan sebagai mahal, anda biasanya akan mempunyai kadar premium yang lebih tinggi walaupun berada di kawasan pedalaman.
Umur & Jantina
Pemandu yang lebih muda dan tidak berpengalaman secara automatik akan mempunyai risiko yang tinggi terhadap syarikat insurans kereta. Keadaan ini akan menyebabkan pemandu yang tidak berpengalaman memiliki kadar premium yang lebih tinggi. bagi mendapatkan kadar premium yang lebih rendah, adalah lebih baik untuk mempunyai lesen memandu selama beberapa tahun dan mempunyai rekod memandu yang bersih. Selain itu, wanita secara umumnya adalah pemandu yang lebih selamat dan ini membolehkan mereka mendapatkan kadar premium yang lebih rendah berbanding lelaki.
Rekod Memandu
Pemandu yang mempunyai sejarah pemanduan yang selamat biasanya mendapat kadar premium yang lebih rendah berbanding dengan pemandu yang mempunyai sejarah kemalangan, saman dan sebagainya. Bagi mengelakkan daripada mendapat kadar premium yang lebih tinggi, elakkan dari terlibat dengan sebarang kemalangan.
Jenis Kenderaan Bermotor
Kenderaan bermotor yang dikelaskan sebagai kenderaan yang mempunyai prestasi pertengahan, prestasi tinggi, model kenderaan dengan enjin belakang dan kenderaan lumba akan mempunyai kadar premium yang lebih tinggi berbanding kereta biasa. Ini kerana sekiranya berlaku kemalangan, kos pembaikan kenderaan tersebut adalah lebih mahal.
Jenis Perlindungan
Kadar premium anda bergantung pada jenis perlindungan dan faedah yang disediakan oleh polisi insurans. Semakin banyak perlindungan dan faedah yang disediakan, semakin tinggi kadar premium yang dikenakan. Biasanya, jika polisi insurans melindungi anda dan juga pihak ketiga, ia akan jadi lebih mahal.
NCD adalah diskaun untuk pemandu yang belum membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang tempoh insurans anda. Jumlah diskaun NCD akan bertambah mengikut tahun, tetapi anda akan kehilangan kelayakan diskaun NCD setelah anda membuat tuntutan insurans. Jumlah NCD yang anda boleh terima bergantung kepada jenis kenderaan, perlindungan, dan bilangan tahun yang anda belum pernah membuat tuntutan. Kebiasaanya, kereta persendirian boleh mendapat diskaun NCD sehingga 55%. Anda boleh menyemak berapa banyak diskaun NCD yang anda layak melalui laman web ini: sini
Anda boleh membatalkan dasar insurans kereta anda pada bila-bila masa yang anda mahu dengan memberi notis bertulis kepada syarikat insurans. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu membayar yuran penalti jika anda membatalkan sebelum tempoh satu tahun polisi anda. Anda mungkin berhak mendapatkan bayaran balik untuk premium anda jika tiada tuntutan telah dibuat sebelum pembatalan.
Anda hanya akan dikenakan bayaran untuk pembaharuan, perkhidmatan dan penghantaran cukai jalan, serta SST.
Anda boleh menyemak status penghantaran cukai jalan anda dengan menghantar e-mel kepada kami di [email protected]
Untuk membuat kiraan atau semakan harga roadtax kereta anda, atau untuk mana-mana model kereta, anda cuma perlu mengetahui kapasiti enjin (cc) motosikal anda, dan merujuk kepada jadual harga roadtax kereta yang telah kami buat. Pengiraan harga renew roadtax kereta adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh JPJ.
Semenanjung/Malaysia Barat: dalam tempoh 3-5 hari bekerja; Pembaharuan cukai jalan tidak didapati di Sabah dan Sarawak.
Tidak boleh. Adalah mustahil untuk anda membuat pembaharuan roadtax tanpa insurans, samada anda pergi ke JPJ/Pejabat Pos ataupun melalui ejen insurans.
Untuk membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan kereta, anda perlu merujuk kepada proses yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans masing-masing. Sebagai contoh, sekiranya insurans anda dikeluarkan oleh Zurich, anda boleh merujuk kepada bahagian FAQ insurans Zurich untuk proses membuat tuntutan insurans.
Setakat ini, kami belum lagi memiliki kalkulator untuk membuat pengiraan harga roadtax kereta. Tetapi, anda boleh menyemak harga roadtax mengikut kadar yang ditetapkan oleh JPJ di jadual roadtax yang telah kami sediakan.
Untuk sebarang masalah dihadapi dengan pembaharuan insurans & road tax, sila emel kami dekat [email protected] ataupun klik whatsapp (Finology sdn bhd) logo kami dekat page ini.
Sekiranya anda memerlukan lebih maklumat berkaitan insurans motor, sila rujuk kepada buku kecil
infoinsurans untuk “Insurans Motor” yang boleh didapati di semua cawangan kami atau anda boleh
dapatkan salinan daripada pengantara insurans untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:
Liberty General Insurance Berhad
Liberty Insurance Tower,
CT9, Pavilion Damansara Heights,
3, Jalan Damanlela,
Pusat Bandar Damansara,
50490 Kuala Lumpur.
Talian Bebas Tol : 1 800 88 3833
Emel : [email protected]
Laman Web : www.kurnia.com
Anda boleh membatalkan polisi anda pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada Kurnia.
Sewaktu pembatalan, anda layak untuk mendapat bayaran balik premium jikalau tiada tuntutan terdahulu, berdasarkan kadar jangka pendek, dan sebarang premium minima dibayar di bawah polisi ini tidak boleh dipulangkan.
Helaian Pendedahan Produk
https://www.kurnia.com/PrivateCarComprehensiveTPFTTP_PDS_BM.pdf
Dokumen Polisi
https://www.kurnia.com/PrivateCarComprehensiveTPFTTP_Policy_BM.pdf
• Buat laporan polis untuk segala kejadian. Untuk kemalangan di jalan raya, laporkan kepada pihak
polis dalam masa dua puluh empat (24) jam.
• Maklumkan kepada Kurnia secara bertulis dalam tempoh tujuh (7) hari selepas kejadian tersebut.
Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan kembalikan kepada Kurnia dengan dokumen berkenaan
dalam tempoh masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh pemberitahuan.
• Sekiranya kereta anda mengalami kemalangan, anda perlu menghantar kereta anda ke manamana bengkel pembaikan yang tersenarai di bawah:
a. bengkel pembaikan yang merupakan panel bengkel yang diluluskan oleh Kurnia; atau
b. bengkel pembaikan yang telah berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); atau
c. mana-mana bengkel pembaikan lain yang telah Kurnia berikan kebenaran khas kepada anda
untuk digunakan. Situasi di mana kebenaran khas boleh diberikan oleh Kurnia termasuk:
(i) tiada bengkel pembaikan yang diluluskan yang diterangkan dalam (a) dan (b) di atas
boleh didapati di lokasi kereta anda, dan Kurnia tidak dapat membantu anda mengakses
bengkel pembaikan terdekat di panel Kurnia atau bengkel pembaikan terdekat yang telah
berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
(ii) pembaikan yang memerlukan kepakaran khas daripada bengkel pembaikan khusus
yang tidak boleh disediakan oleh bengkel pembaikan yang diluluskan; dan
(iii) bengkel pembaikan francais.
Sila muat turun aplikasi Kurnia One Touch App untuk berhubung terus dengan Kurnia atau dail 1 300
88 3833 untuk bantuan berkenaan item-item di atas.
Polisi ini tidak melindungi sesetengah kerugian, contohnya:
• anda atau pemandu yang dibenarkan anda memandu di bawah pengaruh minuman keras atau
arak yang memabukkan, narkotik, dadah berbahaya atau dadah-dadah lain yang memudaratkan
atau bahan yang memabukkan sehingga ke tahap tidak dapat mengawal kenderaan anda dengan
sewajarnya
• kenderaan anda digunakan:
• untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau sebarang percubaan untuk
melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang
• berlatih untuk atau mengambil bahagian dalam sukan permotoran, pertandingan, ujian
keandalan (reliability trial), ujian kelajuan cubaan atau di mana-mana litar perlumbaan
• kerugian, kerosakan atau liabiliti yang disebabkan oleh pemandu yang tidak dibenarkan
• kerugian, kerosakan atau liabiliti yang berkaitan dengan peperangan, tindakan keganasan, mogok,
rusuhan atau kekacauan awam
• kerugian, kerosakan atau liabiliti akibat konvulsi alam semula jadi / malapetaka alam seperti banjir,
taufan, ribut, tanah runtuh dan sebagainya
Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi ini.