Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Tingkatkan Taraf Pelaburan Korang: Hartanah Perumahan VS Komersil

BY Team Loanstreet

Updated 15 Nov 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Dalam dunia pelaburan yang penuh pilihan ni, pelaburan hartanah biasanya dianggap sebagai pelaburan yang berjangka panjang dan selamat. Namun, dalam bidang ini terdapat dua dunia yang berbeza: hartanah perumahan dan hartanah komersial. Walaupun pelaburan dalam hartanah perumahan merupakan pelaburan yang selamat, perlaburan dalam hartanah komersial sebenarnya sangat berbeza. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Salah satu sebab utama pengalihan pelaburan dari hartanah kediaman kepada hartanah komersial dianggap sebagai peningkatan taraf pelaburan adalah kerana pelabur hanya dibenarkan margin pembiayaan sebanyak 70% untuk pinjaman rumah ketiga mereka dan seterusnya, manakala hartanah komersial tidak diletakkan sebarang limit pun; Tiada sebarang polisi yang akan menghadkan margin pembiayaan korang sama ada dalam pembelian hartanah komersial yang pertama atau kesepuluh.

 

Jadi, jika korang dah biasa melabur dalam pelaburan hartanah kediaman, dan sedang mencari hartanah kediaman yang ketiga, mungkin dah tiba masanya untuk korang beralih kepada hartanah komersial.Marilah kita meneroka perbezaan yang lain dari sudut pandangan pelabur.
 

Risiko dan pulangan

 
 

 

Bagi hartanah kediaman, permintaan dan penawaran merupakan faktor untuk risiko dan pulangan, manakala bagi hartanah komersial, risiko akan turun atau naik selaras dengan ekonomi Malaysia. 

 

Keadaan ekonomi yang buruk bermakna kuasa beli yang rendah, menyebabkan permintaan yang rendah terhadap hartanah komersial dan akhirnya menurunkan nilai hartanah dan kadar sewa. Walau bagaimanapun, pepatah ‘risiko tinggi, pulangan tinggi’ adalah benar dalam situasi sini, kerana ganjaran yang lumayan pada umumnya akan mengimbangkan perjudian yang berisiko tinggi.

 

Kurang tekanan dalam pengurusan penyewaan

 

Dalam bidang penyewaan, pelaburan dalam hartanah komersial adalah pemenang. Bagi hartanah perumahan, hiasan dan pengubahsuaian adalah sesuatu yang amat diperlukan untuk menyewakan unit di kawasan yang kompetitif. Sebaliknya, penyewa bagi hartanah komersial adalah lebih berminat terhadap unit-unit yang tanpa mempunyai sebarang pengubahsuaian dan hiasan kerana mereka biasanya mahu mereka bentuk dan mengubahsuai unit tersebut berdasarkan keinginan mereka. Perbezaan ini membolehkan pengurusan penyewaan lebih mudah untuk hartanah komersial.

 

 

Di samping itu, pemilik harta perumahan juga sering menghadapi masalah aduan yang kerap dan pelarian penyewa yang meninggalkan sewa dan yuran utiliti yang tertunggak. Penyewa hartanah komersial, sebaliknya, jarang menimbulkan masalah dan lebih mematuhi syarat-syarat dalam perjanjian penyewaan.

 

Tambahan pula, sekirannya unit komersial korang berada dalam kawasan yang kompetitif, banyak orang akan bersaing untuk menyewa unit tersebut. Oleh itu, keadaan ini akan memudahkan process pencarian penyewa baru sekirannya seseorang penyewa korang nak  menamatkan atau tidak memperbaharui penyewaan beliau. Akhirnya, tempoh penyewaan bagi unit-unit komersial adalah lebih panjang berbanding dengan unit-unit kediaman, membolehkan korang menjimatkan komisen ejen.
 

Pasaran yang menguntungkan

 

Ya, secara umumnya, harga hartanah telah melonjak baru-baru ini, tetapi dalam sektor hartanah komersial, terutamanya yang di kawasan utama, peningkatan harga pada umumnya adalah lebih tinggi dan lebih cepat. Ini adalah disebabkan kadar sewa mempunyai kesan yang lebih langsung dan relevan kepada nilai hartanah komersial, berbanding dengan nilai hartanah kediaman, yang sebahagian besar terpengaruh oleh permintaan dan penawaran hartanah.

 

Tambahan pula, kadar sewa bagi unit komersial akan melonjak lebih tinggi dan lebih cepat berbanding dengan unit kediaman. Pada hari ini, Ia bukan sesuatu yang luar biasa bahawa kadar sewa untuk seunit hartanah komersial yang berada di kawasan utama berharga berpuluhan ribu sebulan walaupun saiznya sama macam satu unit kediaman. Oleh itu, manfaat di sini adalah berganda: nilai hartanah yang lebih tinggi dan kadar sewa yang lebih tinggi.

 

Pembiayaan hartanah korang

 

Jika korang pernah mengambil pinjaman rumah, korang akan tahu bahawa bank-bank pada umumnya tidak akan berminat untuk mengetahui tentang jenis hartanah yang akan dibiayai, sama ada pangsapuri atau rumah teres. Tetapi kalau pinjaman harta komersial, bank-bank akan menjadi amat cerewet terhadap jenis hartanah dan akan memberikan korang margin pembiayaan yang lebih rendah dan/atau tempoh pinjaman yang lebih rendah berdasarkan jenis hartanah.

 

Jika korang dapattawaran yang tidak baik untuk pinjaman hartanah komersial, korang shopping lah dekat bank-bank lain – bank yang berbeza akan berminat terhadap jenis hartanah yang berbeza, jadi korangmungkin akan mendapat tawaran yang lebih baik di bank yang berbeza.

 

Jadi, korang berminat tak dengan hartanah komersial?

 

 

Walaupun korang semestinya akan mendapat keuntungan yang lebih lumayan dalam pasaran hartanah komersial, namun terdapat banyak faktor yang perlu diperhatikan, antaranya ialah lokasi, jenis hartanah, dan keadaan ekonomi yang akan mempunyai kesan yang lebih besar ke atas pelaburan korang. Berminat? Dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pinjaman hartanah komersial dengan menggunakan Alat Perbandingan Pinjaman perumahan  Loanstreet untuk mencari pakej dan kadar faedah yang paling sesuai dengan keperluan korang .

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:
 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

LTV & Margin Pembiayaan untuk Pinjaman Rumah

LTV & Margin Pembiayaan untuk Pinjaman Rumah

Adakah Pinjaman Dengan Kos Kemasukan Sifar Lebih Baik Kepada Pemilik Rumah Kali Pertama?

Adakah Pinjaman Dengan Kos Kemasukan Sifar Lebih Baik Kepada Pemilik Rumah Kali Pertama?

Sesuaikah Skim Pembalikan Gadai Janji Diimplementasikan Di Malaysia?

Sesuaikah Skim Pembalikan Gadai Janji Diimplementasikan Di Malaysia?