Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Mengapa Semakin Ramai Yang Memilih Takaful?

BY Team Loanstreet

Updated 07 Aug 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Takaful adalah sistem perlindungan kewangan yang berasaskan prinsip Syariah. Konsepnya berasaskan kerjasama, tolong-menolong, dan saling menyokong bukan saja sesama peserta, tapi juga menyumbang kepada badan-badan kebajikan. Jadi, kenapa makin ramai orang sekarang lebih tertarik dengan Takaful berbanding insurans konvensional?
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Mengapa orang memilih Takaful?

 

 

Takaful ni sebenarnya dah lama ada kat Malaysia. Tapi baru beberapa tahun kebelakangan ni orang mula nampak yang Takaful boleh jadi alternatif yang lebih baik dan beretika berbanding insurans konvensional.

Yang menariknya, pelanggan Takaful datang daripada pelbagai lapisan masyarakat tak kira lelaki ke perempuan, gaji tinggi ke rendah, muda ke tua dan tak menyebelahi kaum dan agama mana-mana pun. Ramai antara mereka ni pilih Takaful sebab mereka ada nilai moral dan sosial yang kuat, dan rasa bertanggungjawab terhadap komuniti sekeliling.
 

Bukan kat dunia kewangan je – prinsip macam ni juga ada kat industri lain.


Sebagai contoh, The Body Shop. Jika sebelum ini kebanyakan jenama kecantikan mengenengahkan betapa bagus/cantik/berkesannya produk mereka, The Body Shop membuat kelainan dengan memperkasakan peniaga kecil dan pekerja-pekerja buruh di dalam mesej pemasaran mereka. Kaedah ini bukan sahaja memberikan imej yang baik buat The Body Shop, malah pengguna tidak kisah untuk membayar lebih untuk menyokong para peniaga dan pekerja yang dimaksudkan tadi.

 

Berbalik kepada industri kewangan peribadi. Dalam banyak-banyak produk, apa yang menyebabkan golongan seperti ini cenderung untuk memilih Takaful?

 

Beretika, tapi juga praktikal

 

Prinsip Islam yang diamalkan menjadikan Takaful sebagai produk pilihan, bukan sahaja kerana faktor agama, tapi kerana ianya memang praktikal dan sesuai digunakan dalam sistem insurans masa kini. Secara dasarnya, prinsip ta'awun membolehkan para pemegang polisi untuk saling berkerjasama untuk membantu antara satu sama lain, dan bukannya untuk mencari keuntungan.

 

 

Sebagai contoh, premium tidak dibayar dalam bentuk faedah, tetapi dalam bentuk sumbangan supaya pemegang polisi boleh menunaikan tanggungjawab untuk saling bantu-membantu. Tambahan lagi, jika mana-mana dana Takaful mengalami defisit, para pemegang saham akan memberi pinjaman tanpa faedah kepada dana tersebut, memastikan ia terus bertahan. 

 

Apabila defisit tersebut dilunaskan, jumlah yang dipinjam kemudiannya ditolak, dan keadaan kembali seperti biasa. Satu lagi perkara yang harus diingatkan adalah operator Takaful membayar zakat bagi pihak pemegang saham, suatu perkara yang tidak wujud dalam insurans konvensional.

 

Takaful juga mengandungi pelbagai unsur bagi membantu mereka yang memerlukan. Sebab itulah semakin ramai individu – Muslim ataupun tidak – mula memilih Takaful meskipun jumlah premiumnya sedikit lebih tinggi daripada insurans konvensional. Tambahan lagi, keuntungan dan wang yang tidak dituntut akan dikembalikan kepada komuniti dan para pelanggan.

Jika korang lebih berminat dengan insurans kenderaan, lawati halaman insurans kereta dan insurans motorsikal kami dan dapatkan sebut harga dengan serta-merta, tanpa sebarang kos! Korang juga boleh terus membuat pembelian secara onlinesekiranya korang benar-benar berminat dengan pelan polisi yang ditawarkan. 

 

Selamat mencuba!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:
 

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Berapa banyak wang yang anda salurkan kepada ejen

Berapa Banyak Wang Yang Korang Salurkan Kepada Ejen

 Lindungi Diri Anda: Panduan untuk Memastikan Anda Diinsuranskan Secukupnya

Lindungi Diri Anda: Panduan untuk Memastikan Anda Diinsuranskan Secukupnya

Nyah-Tarif Insurans Kenderaan: Apa Yang Korang Perlu Tahu!

Nyah-Tarif Insurans Kenderaan: Apa Yang Korang Perlu Tahu!