Pinjaman hartanah kediaman

Di Malaysia, ia adalah perkara biasa untuk mengharapkan 90% nisbah LTV untuk pinjaman gadai janji kediaman (lebih dikenali sebagai pinjaman perumahan). Akan tetapi, Bank Negara mengawal rapat nisbah LTV untuk pinjaman gadai janji kediaman supaya mengelakkan spekulasi yang tidak terkawal.
-
Jika seseorang mempunyai 2 atau lebih pinjaman gadai janji kediaman yang sedia ada, nisbah LTV dihadkan pada 70% bagi pinjaman perumahan yang akan datang.
Selain daripada peraturan-peraturan Bank Negara, ia adalah perkara biasa bagi bank-bank untuk mengehadkan nisbah LTV untuk jenis-jenis permohanan pinjaman rumah berikut berdasarkan polisi kredit dalaman mereka:
-
Pembelian untuk pelaburan
-
Lebih daripada 1 pinjaman perumahan yang sedia ada
-
Tanah untuk rumah yang dibina khas
-
Projek pemaju yang telah dikenali memberi diskaun kepada pelanggan.
Pinjaman hartanah komersil
Bank Negara tidak mengenakan had LTV atas pinjaman hartanah komersil. Walau bagaimanapun, ia adalah lebih biasa untuk mendapatkan hanya 85% margin pembiayaan disebabkan bank-bank adalah lebih berhati-hati dalam pembiayaan hartanah komersil. Akan tetapi, margin pembiayaan sebanyak 90% masih mungkin.
Perlu diberi perhatian bahawa bank-bank cenderung untuk menjadi lebih cerewet dengan jenis hartanah komersil yang dibiayai, dan boleh mengurangkan margin berdasarkan penggunaannya ( Contohnya Pejabat / Serviced Apartment / Lot Kedai / Pusat Membeli-belah).
Warga asing & Warganegara
Bank-bank adalah lebih berhati-hati dengan mereka yang kurang ikatan dengan Malaysia. Oleh itu, warga asing cenderung kepada mempunyai lebih sekatan LTV ke atas pinjaman rumah mereka.
| Warganegara/th> | Tempat Kerja & tempat tinggal | Jangkaan |
|---|---|---|
|
Warganegara Malaysia |
Luar Negara |
Sehingga 90% |
|
Warganegara Singapura |
Singapura |
Sehingga 85% |
|
Warga asing lain |
Malaysia |
Sehingga 80% |
|
Warga asing lain |
Luar Negara |
Sehingga 50% |
|
Permohonan MM2H |
Malaysia Rumah Keduaku |
Sehingga 80% |
Yuran guaman dan pembiayaan penilaian
Selain daripada pembiayaan atas hartanah itu, biasanya bank membenarkan tambahan margin pembiayaan sehingga 5% ke atas pinjaman untuk membiayai dokumentasi pinjaman peminjam dan kos penilaian.
Check pinjaman perumahan kat sini

Jika korang ingin mendapatkan pembiayaan maksimum bagi pinjaman gadai janji korang, jangan lupa untuk memanfaatkan penggunaan alat perbandingan pinjaman perumahan Loanstreet dan menghantarkan satu permohonan kepada kami. Pakar-pakar kami akan memastikan bahawa korang sentiasa mendapat nisbah LTV tertinggi yang boleh korang dapat.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: