Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Cara Mencapai Matlamat Pelaburan Korang Dengan 'Peraturan 72'

BY Team Loanstreet

Updated 15 Nov 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

Artikel kami yang lepas telah menerangkan bagaimana ‘Peraturan 78’ memastikan faedah maksima dibayar pada awal simpanan. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang ‘Peraturan 72’.
 

Definisi yang paling mudah untuk ‘Peraturan 72’ ialah alat ini mengira betapa cepatnya wang korang boleh berkembang. Kebelakangan ini, pelabur mendapati bahawa nombor ‘72’ ini sangat ajaib kerana ia boleh mengetahui berapa lama satu pelaburan boleh berganda dengan faedah yang diberi. Alat ini akan membantu koranguntuk menganggar berapa tahun diperlukan untuk satu pelaburan itu berganda.
 



 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Bagaimana cara mengira?

 

Pengiraan untuk ‘Rule of 72’ sangat senang dan mudah. Formula untuk mengira berapa tahun diperlukan untuk menggandakan wang asal seperti:
 

72 /  faedah(%)   = nombor tahun berganda pelaburan asal

Betapa tepatnya alat ini?

 

Untuk menjawab soalan ini, jadual bawah ini akan membandingkan nombor tahun yang digunakan untuk berganda satu pelaburan dengan menggunakan ‘Peraturan 72’ dan menggunakan formula yang asal.
 

Jadual ini menunjukkan bahawa perbezaannya sangat sedikit sahaja.

 

Kenapa menggunakan ‘Peraturan 72’?

 
  1. Perancangan pelaburan

‘Peraturan 72’ merupakan satu alat yang sangat berharga untuk perancangan pelaburan. Berdasarkan pengiraan, jika satu pelaburan mempunyai faedah 8% satu tahun, pelaburan ini akan ambil masa 9 tahun untuk berganda. Ini bermaksud jika seorang yang berumur 20 membuat pelaburan sebanyak RM 10,000, pelaburan ini akan berkembang sehingga RM 20,000 apabila dia mencapai umur 29 tanpa menambah apa-apa modal asing. 
 


Ini menunjukkan betapa besarnya kuasa faedah dan juga betapa pentingnya masa. Peraturan ini mungkin tidak membawa banyak perbezaan dalam kehidupan seharian, tetapi alat ini sangat penting untuk pelaburan masa depan. Dengan memahami bagaimana peraturan ini berfungsi tentu boleh membantu korangmencapai matlamat pelaburan korang.
 

  1. Bersara kaya

Banyak orang mempunyai imaginasi di mana mereka akan kaya ketika bersara tanpa membuat sebarang pelaburan. Hal tersebut tidak akan menjadi realiti. Korang hanya akan mencapai matlamat pelaburan korang dengan cepat jika korang mempunyai komitmen yang besar untuk pelaburan korang. 


Jika seorang yang berumur 20 tahun melabur sebanyak RM 100 setiap bulan sehingga dia mencapai umur 65, dia akan mempunyai RM 465,000 apabila dia bersara jika faedahnya ialah 8%. Jika orang yang sama itu menangguh pelaburannya dan hanya bermula berlabur pada umur 40, dia perlu melabur sebanyak RM 529 setiap bulan untuk mencapai hasil yang sama. Sebaliknya, jika orang yang sama itu melabur hanya RM 100 sebulan, dia akan mempunyai sejumlah RM 87,750 sahaja pada umur 65. 


Dengan menggunakan ‘Peraturan 72’ ini, korang boleh mengetahui faedah apa yang terbaik untuk korang agar dapat mencapai matlamat bersara korang dalam masa yang ditentukan.
 

  1. Memilih faedah yang betul

Carta diatas telah menerangkan berapa tahun diperlukan untuk mengandakan satu pelaburan dengan faedah yang diberi. Korang boleh gunakan formula yang sama untuk korang tentukan kadar faedah mana yang paling sesuai ikut tempoh masa yang korang nak.. Selain dapat pelan pelaburan korangdengan bijak, korang juga boleh menggunakan wang korang dengan lebih bijak pada masa depan.
 

Start dari sekarang! 

 

 

‘Peraturan 72’ ini adalah satu alat yang sangat mudah untuk mengingati dan sangat berguna kepada setiap pelabur. Alat ini mengajar kita bahawa jumlah yang kecil akan memberi pulangan yang besar pada masa depan. Bak kata pepatah, sikit sikit lama lama menjadi bukit. Kami berharap alat ini dapat membantu korang untuk mengenalpasti pelaburan manakah yang terbaik untuk korang.

 

Bacalah artikel kami mengenai "Peraturan 78" untuk rahsia mengenai faedah pinjaman korang!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Apa Yang Korang Boleh Labur Dengan RM10,000?

Apa Yang Korang Boleh Labur Dengan RM10,000?

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2025

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2025

Money Market Fund: Ingat 6 Perkara Ni Sebelum Melabur

Money Market Fund: Ingat 6 Perkara Ni Sebelum Melabur