Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Cara Bank Negara Malaysia Memain Peranan Dalam Harga Pinjaman Korang

BY Team Loanstreet

Updated 15 Nov 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini. 

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Bakal pembeli dan pemilik hartanah sering membincangkan tentang BLR (Base Lending Rate atau kadar Pinjaman Asas), dan selalu mintak pihak kerajaan turunkan kadar ini supaya pemilikan hartanah menjadi lebih berpatutan.

 

Tetapi, sebelum semua pihak menunding jari kepada pihak kerajaan, terdapat 2 pekara penting yang korang perlu faham. Apa itu BLR dan bagaimana ia ditentukan, dan apa peranan Base Rate (BR) dan Standardised Base Rate (SBR) hari ini? Teruskan membaca untuk mendapatkan pemahaman secara keseluruhan.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa Itu Kadar Pinjaman Asas?

 

Kalau korang tengah survey nak buat pinjaman rumah, mesti selalu dengar pasal kadar asas ni. Dulu orang panggil BLR (Base Lending Rate), lepas tu bertukar jadi BR (Base Rate), dan sekarang semua bank guna SBR (Standardised Base Rate).

 

Kadar asas ni ibarat “harga modal” sebelum bank tambah margin keuntungan dia. Bezanya sekarang, dengan sistem SBR, semua bank mula dengan kadar yang sama sebab ia terus ikut OPR (Overnight Policy Rate) yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia.

 

Nak faham OPR bukan sesuatu yang sukar, tetapi ia mengambil kira semua faktor yang menentukan kedudukan ekonomi seperti inflasi, kadar pertumbuhan ekonomi, risiko yang mungkin dihadapi – secara amnya keseluruhan ekonomi.

 

BNM akan mengubah nilai OPR bergantung kepada jumlah wang yang ingin berada dalam pasaran berkadaran dengan jumlah dalam simpanan. Satu perkara yang kita perlu tahu ialah OPR tidak akan mengubah BLR, BR ataupun SBR, tetapi faktor lain seperti kadar faedah untuk deposit tetap, kadar tukaran wang asing dan kadar faedah untuk pinjaman jangka masa pendek mahupun panjang, dimana sedikit sebanyak akan menentukan harga untuk setiap barang ataupun perkhidmatan, kos pengambilan pekerja dan faktor lain yang akan memainkan peranan dalam ekonomi Negara kita.

 

Perubahan sejak 2022 

 


Kalau dulu kita biasa dengar pasal BLR dan lepas tu BR, sekarang semua bank dah pakai sistem baru yang dipanggil Standardised Base Rate (SBR). SBR ni mula berkuat kuasa sejak Ogos 2022, dan tujuan dia simple je - nak bagi lebih telus serta senang untuk pengguna compare antara bank.

 

Bezanya dengan sistem lama, SBR ni terus ikut kadar OPR (Overnight Policy Rate) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Jadi, bila OPR naik atau turun, automatik SBR pun akan berubah. Semua bank start dengan kadar asas yang sama, cuma nanti bank akan tambah margin keuntungan masing-masing untuk tentukan kadar pinjaman.

 

Korang dah buat pinjaman?

 


Kalau korang memang dah ada pinjaman rumah, tak perlu panik. Pinjaman tu tetap ikut kadar yang dah ditetapkan dengan bank masa mula-mula sign dulu. Cuma korang kena alert sikit sebab bila Bank Negara ubah OPR, bank pun boleh ubah kadar asas (base rate). Jadi, ansuran bulanan korang pun mungkin naik atau turun ikut keadaan ekonomi.

 

Sekarang ni, kadar asas bank-bank besar dekat Malaysia lebih kurang 2.85% – 3.10%. Bezanya memang nampak kecil, tapi jangan terkejut kalau dalam tempoh pinjaman 30 tahun, beza tu boleh makan ribuan ringgit. Itu sebabnya penting untuk korang pantau kadar semasa.

 

Kena alert dengan apa-apa perubahan

 

Langkah baru BNM dilihat member kesan yang besar kepada penilaian pinjaman , ia banyak membantu pengguna sebab lebih telus dan senang nak buat perbandingan antara bank. Tapi korang kena ingat, kadar pinjaman tetap boleh berubah ikut naik turun OPR.

 

Sebagai pengguna, sekiranya bercadang untuk memiliki hartanah, pastikan korang tahu kadar semasa, faham cara bank kira pinjaman, dan rajin compare pakej yang ada. Melalui cara ini, sekiranya kadar baru yang kan ditetapkan lebih tinggi, korang masih menikmati kadar faedah yang lebih rendah. 

 

Nak senang, boleh guna . alat perbandingan pinjaman perumahan kami untuk melihat pinjaman rumah terbaik di pasaran,

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

Baca Jugak:
 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-pinjaman-asb-dan-simpanan-asb

Pinjaman ASB Lagi Untung Dari Simpanan ASB, Camne tu?

Bagaimana Bank Memperdayakan Korang Dengan Peraturan 78

Bagaimana Bank Memperdayakan Korang Dengan Peraturan 78

Apa Yang Korang Boleh Labur Dengan RM10,000?

Apa Yang Korang Boleh Labur Dengan RM10,000?