Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Azam Tahun Baru Nak Menabung? 7 Cara Simpan Duit Yang Realistik & Tak Menyeksakan

BY Nursabihah Zainuddin

Updated 31 Dec 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Pejam celik pejam celik… tahun baru datang lagi! Dan soalan klasik pun muncul semula — “Tahun ni nak menabung ke tak?”
 

Kalau jawapan dalam hati kau macam:
 

“Nak… tapi entahlah.”


Relax, kau tak sorang. Ramai yang struggle bukan sebab boros, tapi sebab tak jumpa cara simpan duit yang sesuai dengan gaya hidup sendiri. Ekonomi naik turun, komitmen makin bertambah, kos sara hidup makin tinggi — semua ni buat azam menabung nampak macam angan-angan.
 

Tapi berita baiknya, menabung tak semestinya susah atau ekstrem. Yang penting, kau guna cara yang realistik, fleksibel, dan konsisten.
 

Di bawah ni, kami kongsikan 7 idea simpan duit yang relevan untuk rakyat Malaysia — ikut tahap kewangan, gaya hidup, dan komitmen masing-masing.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Simpan Emas Digital



 

Zaman sekarang, simpan duit tak semestinya tunai. Kalau kau jenis cashless, emas digital boleh jadi pilihan terbaik.
 

  • Stabil: Nilai lebih steady dari duit biasa
  • Tak terkesan inflasi: Duit kau tak cepat susut
  • Mudah dicairkan: Bila perlu, terus guna
 

Dengan platform seperti Bursa Gold Dinar, Public GoldEasiGold atau Aplikasi Mudah Alih Integrasi Bank membolehkan kau mula simpan emas serendah RM1 terus dari app. Tak payah simpan fizikal, selamat, dan patuh syariah.
 

Bagi yang berminat, download je app yang berkaitan sama ada kat Google Play Store atau Apple App Store, daftar akaun dan boleh lah start menyimpan. 

BACA JUGAK: Nak Start Pelaburan Emas? Baca Panduan NI Terlebih Dulu!

 

2. Tabung Pendidikan (SSPN)



 

Kalau dah berkahwin atau plan nak ada anak, tabung pendidikan bukan pilihan lagi — tapi keperluan.
 

  • Dividen tahunan menarik
  • Layak pelepasan cukai
  • Wajib untuk pelajar mohon PTPTN


Kuncinya konsisten. Lagi awal mula, lagi ringan beban di masa depan.


BACA JUGAK: Apa Lagi Manfaat SSPN Yang Korang Boleh Enjoy?

 

3. ASB Auto Labur – Simpan Tanpa Stress


Untuk yang selalu lupa nak save:
 

  • RM30 sebulan pun boleh mula
  • RM50 sebulan dari umur 25 → boleh cecah puluhan ribu bila bersara


Sistem auto ni buat kerja untuk kau, tak payah disiplin besi. Bukan skim cepat kaya, tapi selamat untuk masa depan tenang.


BACA JUGAK: Pengeluaran Duit ASNB Secara Online: Ni Cara-Caranya

 

4. Tabung Duit Syiling (Classic Tapi Powerful)

 

Ni pulak tabung korang yang paling basic. Macam biasa, tak best ada duit syiling dalam wallet sebab berat. Jadi, better korang masukkan je duit syiling lebihan belanja tu dalam satu tabung. 
 




Gunakan tabung susah bukak supaya kau tak “curi” balik duit sendiri. Nampak kecil, tapi hujung tahun biasanya buat kau terkejut.

 

5. Tabung Ikut Warna Duit

 

Suka cabaran kecil? Cuba versi visual cue ni:



 

  • RM20 (oren) → simpan
  • RM50 (biru) → simpan bila bulan bonus / income tinggi


Tak perlu spreadsheet, tapi tetap kawal duit dengan fun.
 

6. Tabung Denda (Psychological Hack)

 

Tabung ni guna psikologi lawan diri sendiri:


 

  • Berat naik → bayar denda RM5
  • Langgar azam → bayar denda

Tabung denda ni tak semestinya untuk berat badan je. Banyak lagi kegunaan tabung ni macam nak kurangkan mencarut (ha, admin boleh buat ni), kurangkan mengumpat dan lain-lain. 

Duit tu jangan keluar sampai hujung tahun. Bila berjaya konsisten, anggap sebagai self-reward. Bukan pasal duit je — tapi disiplin & awareness diri.

 

7. Tabung 12 Bulan (Untuk Perbelanjaan Besar)



 

Perlu duit besar untuk tujuan tertentu? Plan awal:
 

  • Contoh: Bajet sekolah anak RM1,200 setahun → simpan RM100 sebulan
  • Hasil: Tak panik last minute, bajet bulanan tak lari, mental pun lebih tenang


Underrated tapi power untuk elak “pokai mengejut”.

 

Kesimpulan: Menabung Tak Perlu Menyeksa Diri

 

Real talk — menabung bukan siapa paling kuat tahan nafsu, tapi siapa paling bijak pilih sistem yang sesuai dengan diri sendiri.
 

Pilih 1–2 cara, buat konsisten, dan biar masa bekerja untuk kau. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Yang penting — mula dulu.
 

Artikel ini bertujuan untuk perkongsian maklumat umum sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat keputusan kewangan yang dibuat berdasarkan maklumat dalam artikel ini.


BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nursabihah Zainuddin

Seorang penulis artikel sambilan, Sabihah gemar menulis artikel topik kewangan. Katanya, “Ada ilmu, baru berduit!”

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Cara kesan elak Macau Scam

Macau Scam 2025: Jangan Terpedaya! Kenali Taktik Terkini Scammer & Lindungi Duit Korang

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2025

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2025